Followers

Sunday, August 23, 2009

JADUAL WAKTU PENGGUNAAN HARIAN

JADUAL WAKTU PENGGUNAAN HARIAN
MASA PENGGUNAAN CLOTH DIAPER

Jadual Waktu Penggunaan Lampin Kain Harian (sebagai guidance sahaja)
Sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas
*Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali


7.00 – 10.00 PAGI 1 POCKET + 1 INSERT
10.00 – 1.00 TGH HARI 1 POCKET +1 INSERT
1.00 – 4.00 PETANG 1 POCKET + 1 INSERT
4.00 – 7.00 PETANG 1 POCKET + 1 INSERT
7.00 – 12.00 MLM 1 POCKET + 2 INSERT
12.00 – 7.00 PAGI 1 POCKET + 2 INSERT

JUMLAH PENGGUNAAN SEHARI 6 POCKET DENGAN 8 INSERT

CARA BASUH CD

CARA BASUH CD NI




1. Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' (2-3 kali prewash) yang pertama kali hendak digunakan. Tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Bilas, perah dan jemur hingga kering.
Note: Mungkin Bole Gunakan Sabun Pureen Had

2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. ('Insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi). Pastikan ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama kalau bayi lelaki) . Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD. Walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar 'insert', tukar CD sekali bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.

3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain (laundry net) supaya CD lebih tahan lama. Seperti tadi, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).

4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.

5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.

6. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?

Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.

MENGAPA PERLU BERTUKAR KE cLOTH DIAPERS

MENGAPA PERLU BERTUKAR KE LAMPIN MODERN:

1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar)

a) Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.

b) Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.
c) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

e) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.


2) Dari segi kos

Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

(a)Penjimatan kos
Dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Jika menggunakan lampin pakai buang:

Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu.

RM0.50 sekeping X 6=RM3.00 sehari
RM3.00 X 365 hari=RM1095 setahun
RM1095 X 3 tahun = RM3285 untuk seorang anak


Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........

Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD)
Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan.

Sehelai CD (termasuk 1 insert) = RM35
Beli 12 helai : 12 X RM 35 =RM420
Beli 20 helai: (lebih banyak CD , lebih tahan lama kerana lambat lusuh)20 X RM35 = RM700 sahaja !!!


Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga.

(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas.

Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)
3. Dari segi keselesaan dan kecantikan
Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

JADUAL WAKTU PENGGUNAAN HARIAN
MASA PENGGUNAAN CLOTH DIAPER

Jadual Waktu Penggunaan Lampin Kain Harian (sebagai guidance sahaja)
Sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas
*Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali


7.00 – 10.00 PAGI 1 POCKET + 1 INSERT
10.00 – 1.00 TGH HARI 1 POCKET +1 INSERT
1.00 – 4.00 PETANG 1 POCKET + 1 INSERT
4.00 – 7.00 PETANG 1 POCKET + 1 INSERT
7.00 – 12.00 MLM 1 POCKET + 2 INSERT
12.00 – 7.00 PAGI 1 POCKET + 2 INSERT

JUMLAH PENGGUNAAN SEHARI 6 POCKET DENGAN 8 INSERT

Kenali Cloth Diapers

KENALI 'DiSPOSABLE DiAPER'

– Dioxin in is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals.
Diharamkan di banyak negara, tetapi tidak di USA (syarikat pengeluar dispo utama dunia)
– Tributyl-tin (TBT) - a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals. Ia
merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
– Sodium polyacrylate -Gel-like, super absorbent crystals. Sodium polyacrylate is the same substance
that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome. Polimer ini
menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam.
– Meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes daripada 5%(1955) kepada 78%(1991).
– Pembiakan bakteria dan ammonia melalui urine.
– Penyebab athma di kalangan bayi.
– Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum
bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada his cooling mechanism dan boleh mengakibatkan
masalah kemandulan.
– 50% daripada sampah domestik rumah.
– Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
– Mengambil masa 500 tahun untuk terurai!

Thursday, August 20, 2009

KEBAYA CANTIK UNTUK SANDING




HARGA PASARAN RM200
HARGA DARI BUTIK DENAFIRA..DI KEDAI MAMABABY NI..SEPESEL
RM 180 INCLUDED POSTAGE OK......

Kebaya Indonesia cantik




HARGA KEBAYA LACE RM 120
HARGA KEBAYA COTTON RM 100
TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN..
SEMUANYA DIDATANGKAN DENGAN KAIN DAN JUGA SELENDANG

Wednesday, August 19, 2009

Acar Cindai




SemPena RamAdhan.....Sedap...Buah-BuahAn Menarik Hati TRafic Light Kaler Menanti..

500Gram - Rm 13
Tidak termasuk Kos Penghantaran

Tuesday, August 18, 2009

Cloth Diapers AIO





Apa itu AIO Cloth Diapers?
PENGENALAN:
Jenis CD ini adalah CD paling mudah dipakaikan pada bayi anda kerana
ia tidak mempunyai poket.
Insert dah dijahit bersekali ngan diaper.
Amat sesuai digunakan jika anda nak antar pada nursery/babysitter kerana cara pemakaian sama mcm disposable diaper.
CIRI-CIRI:

*Design unik 3 * 3 butang untuk one size pocket diaper, senang untuk adjust butang bergantung kepada umur baby muat untuk baby dari 3 Kg to 13 Kg
*daya serapan yg kuat untuk 3 lapisan inserts dan 1 lapisan inner fleece
*Lapisan inner fleece yang lembut
*Lapisan kain PUL yang kalis air untuk mengelakkan kebocoran
Made of 100% Polyester





CoolaBaby CD Pocket (2 insert) Rm33
CoolaBaby CD AIO Rm35
Shinies CD Rm40
Insert Rm10

Beli Banyak2
10 helai Ke atas Free Postage


For more widgets please visit www.yourminis.com

Wednesday, August 12, 2009

Doa Pelindung H1N1

Salam Semua...
Sekarang ni wabak virus H1N1 tu semakin menjadi2 plak aku rasa
setiap hari ada je peningkatan pesakit2 ni..
risau gak la kan.. sebab kat sini dah ada kes yg menyebabkan kematian dah..
ish.. kena sentisa berjaga2 kan..
tadi ni aku ada terima satu email berkenaan doa utk mengelak dari dijangkiti penyakit yg berjangkit cam H1N1 ni..
so kita sebagai umat Islam.. doa la salah satu cara yg blh kita amalkan utk mengelakkan dari penyakit2 cam ni..


em..mama copy dr link nie...http://cute-miut78.blogspot.com

Sunday, August 2, 2009

aLAHAI caYAnG.......

1 oGOs.........

Hari Ni 1st Day aNak2 Mama Kena ANta g Nursery...Si fifI Ok je..Cuma Cam keliru..tmpat baru kan..Si danish lak tengah Nyenyak Tido masa tue..so tadak la pape terjadi spnjang satu hari..Anta hr ni pasal nak dorg besakan dgn Tmpat baru...Satu hari TertggU mana tau Taska caLL ke..tp takdak..Lega la kejap..

Petang tu smpai kat gate..Budak pgasuh taska buKak pintu..si Abg baru bngun tido..alahai siannya tgah nyenyak tido uJan2..si adik kemain tgah segar bugar..SaH...tak Tido tue..dorg pun cakap akak.."adik ni xnak mnum Susu la".."Merap je"..''abG ok''..Dah agAk dah...Danish ni mmg cenggini..tak kenal org kalu pegang kejap2 ok lah..kalu lelama hah Camni la jadinya..Siannya msti Lapr...sepantas Kilat mama kasi susu yang mama baru pump kat umah tadi..peghhh kebulurnye dia..abes....

Siannye anK2 mama ni..sori la cayang...Smua ni utk kbaikan anak2 mama gak...jadi cepat2lah membesar ye....

Meh Isi OrDer Form Kat Sini.

Name:
Email Address:
No Tepon@HenPon
AlamaT Penghantaran
Order Item
Payment Method
Pos Pilihan
Dari Mana Anda Kenali Kami

Create a web form here

SepeNuh & KeikHLasaN Hati MenGkLik2